NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Sunday, September 7, 2008

antara cinta dan persahabatan


Sambungan dari kisah yang lalu.. pehubungan kawan saya ni dengan teman lelakinya memang baik namun satu hari dia dapat tahu yang teman lelakinya tu telah mencuranginya.. yang menyakitkan hatinya lagi, kawan baiknya sendiri ada hubungan dengan teman lelakinya tu!

Baiknya kawan saya ni, dia tak terus serang atau marah-marah tak pun maki hamun teman lelakinya dan kawan baiknya tu. Dia tanya mereka elok-elok, betul atau tidak mereka ada hubungan. Dan mereka mengaku..

Demi menjaga hubungan baik persahabatan antara mereka dia redha dengan perhubungan mereka. Dia cakap itu bukan jodohnya.. walaupun pada hakikat hatinya hancur dan kecewa. Saya boleh lihat melalui riak wajahnya (kemahiran non verbal dalam kaunseling) walaupun cara dia bercerita seperti bersahaja.. siapa yang tak sedih kalau perhubungan kita dengan seseorang yang kita suka sudah lama tiba-tiba putus begitu saja, ditambah lagi bila cinta itu dikihianati oleh sahabat baik sendiri pula..

Tapi yang istimewanya.. dia tetap berkawan baik dengan sahabatnya tu.. saya tanya kenapa biarkan diri dipermainkan macam tu ja? Dia cakap saya tak berhak menghukum seseorang, biar Allah yang menentukan. Sejuknya hati..

Ok bersambung lagi...

Sunday, August 31, 2008

INIKAH MERDEKA KITA??

salam merdeka, agaknya masih belum terlambat lagi rasanya untuk saya mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita yang ke 51 tahun. apa-apa pun sekarang sudah masuk bulan ramadhan, jadi erti kemerdekaan bagi kita lebih besar maknanya. merdeka di bulan ramadahan yang mulia.

saya nak ceritakan sedikit tentang apa yang kawan saya ceritakan pada saya mengenai cara student kita sambut merdeka. hari 31 ogos yang lalu, seorang perempuan iaitu kawan kepada kawan saya ni mengajaknya jalan-jalan di kota kinabalu, maklum lah esoknya puasa jadi mungkin la nak beli barang keperluan untuk puasa nanti.

kawan saya, tanya pada kawan perempuannya.. kenapa tak ajak romate dia. kawan saya ni malas nak keluar jalan-jalan sebenarnya. jawab kawan perempunnya tu.. romate yang lain semua dah keluar, ada yang tak balik lagi dari semalam.. pergi sambut merdeka dengan boyfrend... ada sorang boyfriend kawan tu sangup datang dari pantai timur semenanjung semata-mata nak sambut merdeka dengan buah hati...

terkejut kawan saya.. kalau tak balik.. tido di mana? kawan saya tanya lagi..
jawabnya.. macam biasalah.. check in kat hotel!!! terus tak terkata apa-apa kawan saya tu.

yang menariknya tu adalah orang kita,orang melayu dan beragama islam.. sedangkan kaum lain dok kat bilik baca buku dari pergi sambut merdeka.. merdeka dan puasa apa maknanya bagi mereka agaknya.. bukan semuanya orang kita macam tu, segelintir pelajar mcam tu lah yang memalukan bangsa kita...

hai.. renungkanlah.. ok!

SALAM RAMADHAN


Pixel Code Graphics

Friday, August 29, 2008

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

Kalau kita disoalkan dengan soalan ini, antara cinta dan persahabatan yang manakah akan kita pilih atau kita dahulukan? Ada yang akan mengatakan persahabatan itu lebih penting dari cinta dan ada yang mengatakan cinta itu lebih penting dari segala-galanya. Rasanya semua jawapan tak ada yang salah kerana itu adalah hak kita.

Namun agak berbeza dengan pendapat seorang sahabat saya, baginya cinta dan persahabatan itu seiring dan sama pentingnya. Saya mengenalinya sebagai seorang perempuan biasa tetapi mempunyai kisah yang agak menarik untuk diceritakan.

Saya mengenali sahabat saya ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Dia adalah seorang perempuan yang lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja walaupun kali pertama bertemu. Dia seorang yang tak kekok untuk menceritakan masalahnya kepada orang lain. Sama ada hal itu bersifat peribadi atau tidak, dia akan luahkan kepada sesiapa sahaja asalkan ada orang sudi mendengar.

Suatu hari, saya terjumpa dia di sebuah restoren yang tak jauh dari dewan kuliah saya. Menjadi kebiasaan bagi saya untuk ponteng kuliah yang kadang-kadang amat menbosankan. Mulanya, kami berbual tentang hal-hal biasa kemudian dia mula menceritakan tentang kisah dirinya yang dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri.

Dengan menggunakan teknik-teknik psikologi yang saya belajar dalam subjek Kemahiran Menemuduga dan Pemerhatian, saya mahu tahu segala kisah-kisah menarik berkaitan dirinya. Berbalik pada cerita dia tadi, dia mempunyai seorang teman lelaki yang sudah dikenalinya sewaktu sekolah rendah lagi. Dia juga mempunyai seorang sahabat perempuan yang dikenali sejak kecil lagi.

Dia dan sahabat perempuan tu memang berkawan baik tapi mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. sahabat baiknya itu nampak lebih bergaya dan memang agak cantik, manakala kawan saya ni nampak biasa dan simple ja tapi hari tu tudung yang dipakainya memang bergaya. Saya juga mengenali sahabat dia kerana mereka berdua telah ditakdirkan untuk masuk universiti yang sama dan juga tinggal di kolej kediaman yang sama.

Berbalik lagi pada kisahnya, perhubungan dia dan teman lelakinya memang baik namun....

BESAMBUNG.... (macam telenovela hehe...)

Thursday, August 14, 2008

JANGAN DIRANTAI

Selaku pelajar universiti dan bakal mahasiswa, apa yang saya lihat kini adalah sikap pelajar yang yang tidak mahu keluar dari kepompng lapuk dan belum merdeka.

Melalui dasar yang telah dicipta oleh kerajaan, kebebasan pelajar untuk bersuara dan meluahkan pendapat disekat dengan pelbagai akta. Maka dengan itu para pelajar hanya menumpukan perhatian dengan aktiviti kemahasiswaan yang dicipta dalam universiti sendiri, kononya demi masa depan mahasiswa.


Mahasiswa dirantai dan dibisukan mulut mereka. Kita diajar untuk menyokong dan tidak boleh membantah. Kalau kita dibenarkan menyuarakan pendapat sekalipun, pendapat itu mestilah bersifat pro dan tidak bertentangan apa yang disampaikan. Sekiranya kritikan atau pandangan kita menentang padahal untuk memperbaiki kekurangan, maka kita akan dilabelkan sebagai penentang dan akibatnya kita akan disekat.


Oleh itu, untuk meneruskan survival di universiti bagi mereka yang mahu jalan mudah untuk mendapatkan pangkat dan berkuasa, sindrom ampu menjangkiti golongan ini. Apa yang dibagi semunya ditelan tampa ragu-ragu. Apa yang disampaikan semunya benar tampa berfikir panjang. Inilah sikap seorang pengampu yang mahu dirinya diangkat dan disanjung.


Mereka sudah dilatih supaya menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada zaman sekarang. Semuanya bersikap pentingkan diri sendiri tampa memikirkan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang lain. Pemimpin disanjung seperti dewa atau tuhan, seolah-olah mereka kekal abadi.


Mahasiswa perlu berubah dan perlu buang penyakit ini supaya generasi yang akan datang akan berupaya memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh pemimpim terdahulu dan bukanya menjadi generasi pelapis.


Mahasiswa perlu berani menegakkan apa yang dirasakan benar. Sama ada pandangan itu betul atau salah itu bukan soalnya. Soalnya apa yang diluahkan itu akan menjadi kayu pengukur untuk kita berfikir supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Seharusnya kita perlu sedar tentang erti demokrasi sebenar. Kita ada landasan agama yang dipegang, walaupun bebas kita masih sedar tentang had-had dan batas-batas tertentu. Oleh itu, dengan memberikan kelonggaran hanya untuk kebebasan bersuara, idea-idea baru dapat dilahirkan. Semuanya demi pembagunan negara kerana golongan mahasiswa yang berdarah muda dan agresif inilah perlu dilatih supaya minda mereka berkembang dan dapat mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.


Berilah hak yang ada pada semua orang. Jangan biarkan golongan tertentu sahaja mendapat kesenangan dan menggunakan jari telunjuk untuk mengawal. Badan pelajar seharusnya mengubah sistem feudal yang diamalkan itu. Buat satu perubahan atas suara majoriti dan bukanya atas suara sendiri.

Sunday, August 10, 2008

PEREMPUANKU

‘Hai... dunia ni kurang betul perempuan, makin pupus agaknya...` keluh kawan saya.

Eh punya lah ramai perempuan dekat dunia ni malah lebih ramai lagi perempuan dari lelaki. Lelaki yang akan pupus rasanya, kata saya kepadanya. Rasanya mesti kawan saya ni putus cinta lagi. Saya tanya, kenapa dia kata macamtu.

Dunia ni bukan perempuan yang ramai tapi betina, Katanya. Kasar bunyinya... tapi apa bezanya perempuan dan betina? Bukankah ia merujuk kepada spesis yang sama.

Dia menjelaskan kepada saya. Perempuan merupakan mahkluk ciptaan tuhan yang mempunyai sifat lemah lembut dan emosi yang halus. Manakala betina pula sejenis mamalia yang melahirkan anak bagi induk jantan. Ntah dari mana teori kawan saya ni dapat pun saya tak pasti. Soalnya kata-katanya buat saya terfikir inilah dunia masa kini.

Rata-rata saya lihat semakin hari semakin sukar mencari seorang perempuan. Perempuan bagi saya seperti mak saya, dia tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Hanya sempat belajar sampai sekolah rendah saja. Maklum lah orang kampung masa dulu tak lah mementingkan pendidikan seperti sekarang tambahan kalau perempuan.

Namun begitu, mak saya mampu membesarkan saya dengan memberikan pendidikan sehiggalah dimana saya sekarang. Apa yang dia tahu dan apa yang dia pandai hanyalah menoreh getah (pekerjaan tetap mak saya) dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri rumah. Tapi bercakap hal hiburan, artis, dan dunia dulu dan sekarang cukup mengkagumkan saya. Dia pandai membuat penilaian antara perkara baik dan buruk.

Berbeza dengan rata-rata golongan yang mengakui mereka perempuan dan wanita moden pada zaman sekarang. Cukup hebat! Belajar sampai ke universiti, ada ijazah ada phd tapi berani saya katakan mereka masih mempunyai akal yang kurang bijak, tidak seperti wanita dulu. Kenapa? Kerana semua pandai bercakap dan berhujah tapi tak pandai menjaga diri, tak tahu membezakan antara buruk dan baik. Mudah terpengaruh dengan pengaruh luar, dengan kemodenan sehingga hilang sifat keperempuanan seperti lemah lembut, ahklak yang baik malah agama juga. Saya tak nak bercerita mengenai apa yang buruk kerana semua sudah sedia maklum.

Minta maaf, bukanlah perempuan semua begitu tapi kebanyakan, dan mengapa jadi begitu. Sama juga dengan golongan lelaki. Adakah kerana salah dasar pendidikan negara kita atau kerana dasar keterbukaan yang diamalkan sehiggakan merosakkan generasi muda masa kini? Cuba kita lihat di sekeliling kita, apa yang kita nampak? Kerosakan akhlak. Jelas.

Bila memikirkan semua itu, cabaran bagi perempuan masa kini sangat mencabar. Bagaimanalah nasib generasi kita nanti. Senjata utama `yahudi’ untuk menjahanamkan islam adalah menggunakan kelemahan yang ada iaitu fokus kepada golongan wanita. Secara senyap, ideologi mereka mempengaruhi ideologi yang kita perjuangkan. Ahkirnya.. lihatlah tanda-tanda awal kehancuran di sekeliling kita.

Saturday, August 9, 2008

What is Positive Psychology?

Human psychology is always painted negative and as a study of negative human behavior; basically we perceive psychology as a sign of trouble, and thus attempt to correlate it to such destructive issues like depression, psychosis, unhappiness, mental disorders and mania. Sadly most of the clinical examinations also tend to look at psychology, as something that is a malady and most of the treatment attempts are aimed at treating the disease than stopping them from happening. Thus there is a pressing need for a new, revived way of looking at the old concept of psychology.Also called Positive Psychology, this area is more concerned with the sunnier side of psychology, which is the area of those people, who are happy and move with confidence, wherever they go and whatever they do. Positive psychology may shed more light on why some people behave in such a pleasing manner and how they have developed that trait. Ultimately, this intense study may help us to find a lasting cure for many of our negative psychological conditions and other eccentric behaviors.Positive Psychology is a new attempt to redefine and readjust the existing disparity or imbalance, to encourage and support psychologists to try and attempt to contribute to positive aspects of human life, not only just perform something about negative things. Being a new branch of psychology, this field is still in its infant stage and is hotly contested for its veracity and advantages, by both detractors and supporters. Some of them tend to neglect this new theory, while others vouch for its authenticity. Many of them never believe in the concept of joy, love, positive talk, optimism and love, while others see a broad daylight in professing the techniques of all good human behavior to cure any psychological malady.New theories of positive psychology condemns the traditional practice of treating psychological patients as mere numbers or objects, and also the supporters of the new theory disapprove the current methods of approaching a sensitive issue as important as psychology. Many experts who support the positive psychology theory have varied ideas about what actual psychology is and how it can best be researched to solve many perennial problems. However, these experts are united by a view that, normal human beings possess excellent qualities, and that we can still be capable enough to make better choices about what we believe and do, in spite of all those unfortunate events, occurred due to reasons beyond our control or by factors of our genetic disposition.Positive psychology often relies heavily on the principle of optimism, which is a cherished positive parameter of human excellence. There is remarkable evidence that optimistic people are usually happier and highly productive than ultra pessimists. Optimism can also be taught and learned by human beings. According to the new theory, there tends to be a positive flow of things in those people who are highly optimistic and cheerful. This flow is usually not checked in them, in any manner, at any time and thus this set of positive flow causes a person to be tougher mentally and psychologically. Positive psychology and its application may take a while to be universally accepted for clinical practice.