NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Thursday, August 14, 2008

JANGAN DIRANTAI

Selaku pelajar universiti dan bakal mahasiswa, apa yang saya lihat kini adalah sikap pelajar yang yang tidak mahu keluar dari kepompng lapuk dan belum merdeka.

Melalui dasar yang telah dicipta oleh kerajaan, kebebasan pelajar untuk bersuara dan meluahkan pendapat disekat dengan pelbagai akta. Maka dengan itu para pelajar hanya menumpukan perhatian dengan aktiviti kemahasiswaan yang dicipta dalam universiti sendiri, kononya demi masa depan mahasiswa.


Mahasiswa dirantai dan dibisukan mulut mereka. Kita diajar untuk menyokong dan tidak boleh membantah. Kalau kita dibenarkan menyuarakan pendapat sekalipun, pendapat itu mestilah bersifat pro dan tidak bertentangan apa yang disampaikan. Sekiranya kritikan atau pandangan kita menentang padahal untuk memperbaiki kekurangan, maka kita akan dilabelkan sebagai penentang dan akibatnya kita akan disekat.


Oleh itu, untuk meneruskan survival di universiti bagi mereka yang mahu jalan mudah untuk mendapatkan pangkat dan berkuasa, sindrom ampu menjangkiti golongan ini. Apa yang dibagi semunya ditelan tampa ragu-ragu. Apa yang disampaikan semunya benar tampa berfikir panjang. Inilah sikap seorang pengampu yang mahu dirinya diangkat dan disanjung.


Mereka sudah dilatih supaya menjadi pelapis kepada pemimpin-pemimpin yang ada pada zaman sekarang. Semuanya bersikap pentingkan diri sendiri tampa memikirkan kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang lain. Pemimpin disanjung seperti dewa atau tuhan, seolah-olah mereka kekal abadi.


Mahasiswa perlu berubah dan perlu buang penyakit ini supaya generasi yang akan datang akan berupaya memperbaiki kesilapan yang dilakukan oleh pemimpim terdahulu dan bukanya menjadi generasi pelapis.


Mahasiswa perlu berani menegakkan apa yang dirasakan benar. Sama ada pandangan itu betul atau salah itu bukan soalnya. Soalnya apa yang diluahkan itu akan menjadi kayu pengukur untuk kita berfikir supaya kita dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Seharusnya kita perlu sedar tentang erti demokrasi sebenar. Kita ada landasan agama yang dipegang, walaupun bebas kita masih sedar tentang had-had dan batas-batas tertentu. Oleh itu, dengan memberikan kelonggaran hanya untuk kebebasan bersuara, idea-idea baru dapat dilahirkan. Semuanya demi pembagunan negara kerana golongan mahasiswa yang berdarah muda dan agresif inilah perlu dilatih supaya minda mereka berkembang dan dapat mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.


Berilah hak yang ada pada semua orang. Jangan biarkan golongan tertentu sahaja mendapat kesenangan dan menggunakan jari telunjuk untuk mengawal. Badan pelajar seharusnya mengubah sistem feudal yang diamalkan itu. Buat satu perubahan atas suara majoriti dan bukanya atas suara sendiri.

1 comment:

mohad said...

salam.. tak nak join gath ke..