NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Friday, August 29, 2008

ANTARA CINTA DAN PERSAHABATAN

Kalau kita disoalkan dengan soalan ini, antara cinta dan persahabatan yang manakah akan kita pilih atau kita dahulukan? Ada yang akan mengatakan persahabatan itu lebih penting dari cinta dan ada yang mengatakan cinta itu lebih penting dari segala-galanya. Rasanya semua jawapan tak ada yang salah kerana itu adalah hak kita.

Namun agak berbeza dengan pendapat seorang sahabat saya, baginya cinta dan persahabatan itu seiring dan sama pentingnya. Saya mengenalinya sebagai seorang perempuan biasa tetapi mempunyai kisah yang agak menarik untuk diceritakan.

Saya mengenali sahabat saya ini sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke sini. Dia adalah seorang perempuan yang lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja walaupun kali pertama bertemu. Dia seorang yang tak kekok untuk menceritakan masalahnya kepada orang lain. Sama ada hal itu bersifat peribadi atau tidak, dia akan luahkan kepada sesiapa sahaja asalkan ada orang sudi mendengar.

Suatu hari, saya terjumpa dia di sebuah restoren yang tak jauh dari dewan kuliah saya. Menjadi kebiasaan bagi saya untuk ponteng kuliah yang kadang-kadang amat menbosankan. Mulanya, kami berbual tentang hal-hal biasa kemudian dia mula menceritakan tentang kisah dirinya yang dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri.

Dengan menggunakan teknik-teknik psikologi yang saya belajar dalam subjek Kemahiran Menemuduga dan Pemerhatian, saya mahu tahu segala kisah-kisah menarik berkaitan dirinya. Berbalik pada cerita dia tadi, dia mempunyai seorang teman lelaki yang sudah dikenalinya sewaktu sekolah rendah lagi. Dia juga mempunyai seorang sahabat perempuan yang dikenali sejak kecil lagi.

Dia dan sahabat perempuan tu memang berkawan baik tapi mereka berdua mempunyai personaliti yang berbeza. sahabat baiknya itu nampak lebih bergaya dan memang agak cantik, manakala kawan saya ni nampak biasa dan simple ja tapi hari tu tudung yang dipakainya memang bergaya. Saya juga mengenali sahabat dia kerana mereka berdua telah ditakdirkan untuk masuk universiti yang sama dan juga tinggal di kolej kediaman yang sama.

Berbalik lagi pada kisahnya, perhubungan dia dan teman lelakinya memang baik namun....

BESAMBUNG.... (macam telenovela hehe...)

No comments: