NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Tuesday, August 5, 2008

KISAH SI NENEK TUA...


Hari ini seawal pagi, saya melangkah kaki ke kelas tutorial kemahiran menemuduga dan pemerhatian, sewaktu berlegar-legar menuju ke kelas saya sempat memerhatikan para pekerja sedang membersihkan sekitar kawasan sekolah (falkulti) psikologi dan kerja sosial. Antara semua pekerja iu saya terlihat seorang nenek tua sedang duduk sambil mengerat-ngerat rumput di celah-celah pokok bunga.

Mengikut cerita kawan saya yang sempat menemubual nenek tersebut, nenek tersebut berusia lebih dari 50 tahun. Mengikut pemerhatian saya, keadaan fizikalnya lebih berusia dari umurnya. keadaannya yang berbongkok, tetapi keringatnya sangat kuat. Apa yang bermain di fikiran saya ialah kenapa masih membiarkan nenek yang berusia ini melakukan kerja sedemikian ? dimana keluarganya? dimana anak-anaknya? kenapa dia masih bekerja pada usia yang sebegitu? pada pendapat saya itu bukan soalnya. Soalnya adakah ini realiti di negara kita yang kononnya sudah maju. Ekonomi kita yang dilaungkan oleh pemimpin sangat kukuh dan stabil.

Kasihan sekali pada si tua yang berusaha mencari rezeki yang tak seberapa pun tapi inilah realiti disini. Bukanlah tujuan saya untuk untuk mengaibkan si nenek dengan meletakkan gambarnya diblog ini cuma sekadar untuk renungan kita bersama. Gaji yang diperolehi oleh seorang pekerja secara kontrak seperti nenek ini mengikut sumber hanya sekitar RM400 sebulan. Lebih murah rasanya kalau hendak dibandingkan dengan di semenanjung. Tapi apakan daya, mungkin kerana sesuap nasi atau hendak menanggung anak-anak si nenek terpaksa mencari rezeki. Rasanya bukan seorang dua nenek seperti ini yang saya pernah lihat, malah ramai lagi. Persoalannya sampai bila bila mereka akan meneruskan kerja seperti itu?, siapa yang akan bantu mereka? atau sekadar dibiarkan seperti itu? tak terfikirkah kita?

No comments: