NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Sunday, August 3, 2008

SATU PERMULAAN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca dan para bloger sekalian. Setelah lama saya menjadi peminat dan pembaca blog, hari saya memulakan langkah untuk turut serta dalam dunia penulisan blog ini. Saya bukanlah penulis yang baik tetapi saya berani mencuba untuk menyampaikan sesuatu melalui penulisan ringkas saya ini. Untuk pengetahuan semua saya merupakan seorang pelajar jurusan psikoloji. Oleh itu, apa yang hendak saya sampaikan dalam penulisan saya ini merangkumi pendapat dan pandangan saya mengenai pelbagai isu semasa dan pengalaman yang dilalui saya serta berkaitan psikologi.

Saya berharap melalui penulisan saya ini, semua pembaca dapat memberikan respon dan pandangan tentang apa yang saya kemukakan supaya kita dapat berkongsi idea dan pendapat. Sebagai seorang pelajar universiti saya merasakan kebebasan bersuara dan meluahkan pandangan secara umum disekat dengan pelbagai cara, maka, penulisan blog sedikit sebanyak dapat melegakan jiwa saya apabila dapat meluahkan apa sahaja yang saya mahu. Sama ada benar atau tidak itu bukanlah satu persoalan tetapi membuka minda untuk berfikir adalah penting.

No comments: