NAK CARI SESUATU?

Custom Search

Sunday, August 10, 2008

PEREMPUANKU

‘Hai... dunia ni kurang betul perempuan, makin pupus agaknya...` keluh kawan saya.

Eh punya lah ramai perempuan dekat dunia ni malah lebih ramai lagi perempuan dari lelaki. Lelaki yang akan pupus rasanya, kata saya kepadanya. Rasanya mesti kawan saya ni putus cinta lagi. Saya tanya, kenapa dia kata macamtu.

Dunia ni bukan perempuan yang ramai tapi betina, Katanya. Kasar bunyinya... tapi apa bezanya perempuan dan betina? Bukankah ia merujuk kepada spesis yang sama.

Dia menjelaskan kepada saya. Perempuan merupakan mahkluk ciptaan tuhan yang mempunyai sifat lemah lembut dan emosi yang halus. Manakala betina pula sejenis mamalia yang melahirkan anak bagi induk jantan. Ntah dari mana teori kawan saya ni dapat pun saya tak pasti. Soalnya kata-katanya buat saya terfikir inilah dunia masa kini.

Rata-rata saya lihat semakin hari semakin sukar mencari seorang perempuan. Perempuan bagi saya seperti mak saya, dia tidak mempunyai latar pendidikan yang tinggi. Hanya sempat belajar sampai sekolah rendah saja. Maklum lah orang kampung masa dulu tak lah mementingkan pendidikan seperti sekarang tambahan kalau perempuan.

Namun begitu, mak saya mampu membesarkan saya dengan memberikan pendidikan sehiggalah dimana saya sekarang. Apa yang dia tahu dan apa yang dia pandai hanyalah menoreh getah (pekerjaan tetap mak saya) dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri rumah. Tapi bercakap hal hiburan, artis, dan dunia dulu dan sekarang cukup mengkagumkan saya. Dia pandai membuat penilaian antara perkara baik dan buruk.

Berbeza dengan rata-rata golongan yang mengakui mereka perempuan dan wanita moden pada zaman sekarang. Cukup hebat! Belajar sampai ke universiti, ada ijazah ada phd tapi berani saya katakan mereka masih mempunyai akal yang kurang bijak, tidak seperti wanita dulu. Kenapa? Kerana semua pandai bercakap dan berhujah tapi tak pandai menjaga diri, tak tahu membezakan antara buruk dan baik. Mudah terpengaruh dengan pengaruh luar, dengan kemodenan sehingga hilang sifat keperempuanan seperti lemah lembut, ahklak yang baik malah agama juga. Saya tak nak bercerita mengenai apa yang buruk kerana semua sudah sedia maklum.

Minta maaf, bukanlah perempuan semua begitu tapi kebanyakan, dan mengapa jadi begitu. Sama juga dengan golongan lelaki. Adakah kerana salah dasar pendidikan negara kita atau kerana dasar keterbukaan yang diamalkan sehiggakan merosakkan generasi muda masa kini? Cuba kita lihat di sekeliling kita, apa yang kita nampak? Kerosakan akhlak. Jelas.

Bila memikirkan semua itu, cabaran bagi perempuan masa kini sangat mencabar. Bagaimanalah nasib generasi kita nanti. Senjata utama `yahudi’ untuk menjahanamkan islam adalah menggunakan kelemahan yang ada iaitu fokus kepada golongan wanita. Secara senyap, ideologi mereka mempengaruhi ideologi yang kita perjuangkan. Ahkirnya.. lihatlah tanda-tanda awal kehancuran di sekeliling kita.

1 comment:

mohad said...

salam... saya telah link blog ni..